Nabi Muhammad ﷺ menerima wahyu yang pertama di Mekah dan baginda dengan aman menyampaikan mesej Islam kepada orang Mekah selama tiga belas tahun sehingga tahap penindasan yang tidak terhingga memaksa baginda dan pengikutnya berhijrah ke bandar Yathrib (yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Walaupun setelah berpindah ke luar Mekah, orang-orang Mekah yang diketuai oleh bangsawan-bangsawan Quraish bersumpah untuk menghapuskan komuniti agama yang baru terbentuk ini.
Dalam konteks ini, ayat-ayat pertamamenyatakan tentang peperangan telah diturunkan:
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.[5] Menurut terjemahan klasik al-Qurṭubī (m. 1273), ini adalah ayat pertama yang diturunkan yang membicarakan tentang perang
[6]. Ayat ini menetapkan hak individu dan bangsa untuk melindungi diri mereka. Selain itu, sebutan "biara, gereja, sinagoga," menunjukkan bahawa hak untuk mempertahankan diri adalah universal dan melangkaui batas-batas agama dan falsafah lain selain Islam. Tujuan peperangan adalah untuk menangkis pencerobohan dan melindungi hak asasi manusia, bukan untuk menghapuskan agama-agama lain.
Satu lagi ayat yang didedahkan awal dalam fasa Madaniyah memperkuatkan prinsip ini:Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
[7]Sesetengah ahli hukum awal menganggap ini adalah ayat pertama yang diturunkan mengenai perang.
[8] Dalam kedua ayat ini, perang adalah terhad kepada pertahanan masyarakat. Ungkapan "tidak melampaui batas" atau "tidak melanggar"(wa lā ta’tadū)merangkumi jus ad bellum serta jus in bello (“justice semasa perperangan”), undang-undang perang yang melindungi orang-orang awam dan mereka yang tidak berperang.
Abdullah ibn Abbās (m. 687), sepupu Nabi Muhammad ﷺ dan salah seorang ahli hukum terawal dalam tafsir Al-Quran, menafsirkan ayat ini sebagai melarang pencerobohan terhadap orang yang aman dari semua kategori:Jangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang-orang tua atau sesiapa pun yang datang kepada kamu dengan aman dan mengawal tangannya [dari berlawan], kerana jika kamu melakukannya maka kamu telah melanggar perintah.[9] Umar Abdul Azīz (m. 720), Khalifah dinasti Umayyah, mentafsirkan kelas orang yang dilindungi dengan cara yang konsisten dengan apa yang kita panggil "orang awam" hari ini:
[Jangan melanggar hak] tentang wanita, anak-anak, dan sesiapa yang tidak berperang melawan anda di antara mereka.
[10]Ahli tafsir klasik al-Bayḍāwī (m. 1286) telah menyenaraikan permulaan permusuhan, antara salah laku lain, sebagai satu bentuk pelanggaran hak yang dilarang::
[Jangan melanggar perintah] bermakna dengan memulakan pergaduhan/pertempuran, atau dengan bertempur dengan orang-orang yang dilindungi oleh perjanjian damai, atau bertempur dengan mereka yang tidak pernah menerima ajakkan kepada Islam, ataupun dengan mencederakan atau membunuh sesiapa sahaja yang telah dilarang untuk dibunuh.
[11]Rasulullah ﷺ, dalam pelbagai hadis, telah menyatakan bahawa di antara orang-orang yang paling berdosa ialah mereka yang memulakan permusuhan:
Sesungguhnya, orang yang paling kejam di mata Allah yang Maha berkuasa adalah mereka yang membunuh orang yang tidak menentangnya.
[12]Lebih-lebih lagi , Rasulullah ﷺ juga telah melarang umat Islam daripada menyimpan kemahuan untuk berlawan dengan musuh:
Janganlah meminta-minta untuk bertemu musuh [di dalam pertempuran], tetapi jika kamu berdepan dengannya maka bersabarlah.[13] Tidak seperti teks-teks lain yang melarang permusuhan, tradisi menjurus ke arah yang lebih mendalam; seorang Muslim tidak dibenarkan bahkan dilarang untuk membalas dendam terhadap musuh.
Melalui turutan hadith ini Rasulullah ﷺ menggambarkan ketua atau pemimpin tentera umat Islam sebagai “perisai” dan bukannya pedang:
Sesungguhnya, seorang ketua adalah bagaikan sebuah perisai kepada mereka yang ditentang dan dilindungi mereka. Jika dia memerintah dengan adil serta rasa takut kepada Allah Taala, maka dia akan diberikan ganjaran. Jika dia memerintah yang selainnya, maka ianya membawa keburukan kepadanya.
[14]Imej pertahanan ini adalah cara simbolik untuk menyampaikan kepada umat Islam peranan tentera yang teratur dalam Islam yang tepat. Fungsi jihad yang paling utama adalah pertahanan, bukan penaklukan.
Persoalan utama dalam teori perperangan-adil adalah masalah casus belli: apakah jenis provokasi yang menentukan bahawa peperangan adalah tindak balas yang sesuai?
Menurut Ibn Taymiyyah (m. 1328), jihad adalah tindak balas terhadap pencerobohan tentera dan bukan hanya kerana perbezaan agama. Tiada bukti dalam sumber teks Islam yang membenarkan orang Islam menyerang atau membunuh orang awam atau menyerang negara yang tidak bermusuhan. Beliau menegaskan bahawa ini adalah pandangan majoriti cendekiawan Islam:
Adapun penindas yang tidak berperang, maka tidak ada teks di mana Allah memerintahkan dia untuk diperangi. Sebaliknya, orang-orang kafir hanya diperangi dengan syarat mereka yang memulakan \perang, sebagaimana yang diamalkan oleh majoriti ulama dan seperti yang terbukti dalam Kitab dan Sunnah.
[15]Sesungguhnya, ayat yang diturunkan selepas ayat 2:190 menjelaskan bahawa peperangan dalam Islam hanya reaksi terhadap provokasi ganas. Jika penceroboh menghentikan perjuangan mereka, maka tidak ada sebab untuk perang:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
[16]Menurut Ibn Ḥajar al-Haytamī (m. 1566), cendekiawan-cendekiawan seperti al-Zamakhsharī (m. 1144) menganggap kewajipan jihad sebagai satu cara penamat untuk sesuatu tujuan dan bukannya sebagai sebuah pengakhiran. Jika Islam dan umat Islam boleh dilindungi tanpa berperang, cara yang tidak melibatkan kekerasan diberikan keutamaan.
[17]Mengikut amalan orang Islam terdahulu, mereka tidak menyerang jiran yang tidak memusuhi mereka. Contohnya adalah hubungan yang baik antara umat Islam dengan Abyssinia (Ethiopia pada masa kini). Sebelum penghijrahan ke Madinah, sesetengah orang Islam diberikan suaka di Abyssinia. Kemurahan hati mereka amat dihargai. Hasilnya Rasulullah ﷺ menggalakkan umat Islam untuk mengekalkan hubungan aman dengan mereka dan amalan ini berterusan:
Biarkan orang-orang Abyssinia selama mana mereka berlaku aman dengan kamu, dan biarkan orang-orang Turki selama mana mereka berlaku aman dengan kamu.
[18]Ibn Rushd (m. 1198), yang dikenali di negara-negara barat sebagai Averroës, melaporkan bahawa penduduk Madinah tidak pernah menyerang orang-orang Abyssinia atau Turki:
Mālik ditanya mengenai keaslian hadith ini. Dia tidak mengiktirafnya, tetapi berkata: Orang ramai terus mengelak menyerang mereka.
[19]Beberapa ayat menyatakan keamanan sebagai nilai asas dalam Islam. Dalam satu ayat, perkataan "damai" digunakan sebagai sinonim untuk Islam:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam [silm](dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.[20] Ramai ulama terdahulu telah mentafsirkan
silm dalam ayat ini bermaksud Islam itu sendiri.
[21] Penterjemah Abdel Haleem menyatakan bahawa
silm juga membawa makna keamanan. Islam, dalam erti kata lain, bermakna di dalam keadaan aman.
Keamanan itu sendiri adalah salah satu sifat Allah. Rasulullah ﷺ mengarahkan umat Islam untuk berdoa untuk keamanan setiap kali selepas solat:Tuhanku, Kamu adalah keamanan dan dari-Mu juga adalah keamanan. Kamulah yang memberi berkat, yang Maha Mulia dan Maha Pemurah.
[22]Malah khutbah pertama Rasulullah ﷺ apabila tiba di Madinah mengajak umat Islam untuk menyebarkan keamanan sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Salām (m. 630):
Saya datang bersama orang-oramg lain untuk melihatnya dan ketika saya melihat wajah Rasulullah, saya menyedari bahawa wajahnya bukan wajah seorang pembohong. Perkara pertama yang dikatakan Rasulullah ialah: Wahai orang-orang sekalian, sebarkan keamanan, berilah makanan kepada orang-orang yang lapar, dan berdoalah pada waktu malam ketika orang sedang tidur dan kamu akan masuk Syurga dengan damai.
[23]Ayat-ayat lain mengajar umat Islam untuk menerima tawaran damai dari musuh mereka. Jika musuh menawarkan syarat-syarat keamanan, maka tidak ada justifikasi hukum untuk melakukan permusuhan:
Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.
[24]Dan di dalam ayat lain pula:
Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[25] Rasulullah ﷺ telah mengarahkan Alī ibn Abī Ṭālib (m. 661), yang kemudiannya akan menjadi khalifah ar-rashidiin yang keempat, untuk sentiasa mencari jalan kearah kedamaian kepada apa sahaja konflik yang sedang berlaku:
Sesungguhnya, selepas aku nanti akan ada konflik atau kekacauan, jadi jika kamu dapat mengakhirinya secara damai maka buatlah sedemikian.
[26]Ammār ibn Yāsir (m. 657), salah seorang sahabat Rasulullah, menganggap mesej keamanan dunia tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan Islam:
Sesiapa yang mempunyai tiga sifat akan melengkapkan iman: keadilan dari diri kamu kepada orang lain, menawarkan keamanan kepada dunia, dan membelanjakan dalam kebajikan walaupun ketika miskin.[27] Dari sudut yang berbeza, iman Islam didasarkan kepada keadilan, keamanan, dan amalan.
Mereka yang membayangkan sebuah Islam yang agresif dan ekspansionis tidak akan dapat memberi penerangan yang meyakinkan kepada teks-teks ini. Respons yang biasa adalah dengan menggunakan doktrin pemansuhan (naskh) di mana ia dituntut "ayat pedang" membatalkan semua yang telah kita sebut ke bahagian ini. Ramai ahli hukum telah menolak pandangan ini, termasuk Abū Jaʿfar al-Naḥḥās (m. 949), Ibn al-Jawzī (m. 1201), dan al-Suyūtī (m. 1505).
[28]Menurut Ibn Rushd, hanya segelintir ahli hukum only a minority of classical jurists merayu kepada pemansuhan untuk membenarkan pendapat mereka bahawa keamanan dengan bukan Islam dilarang kecuali bila umat Islam adalah terlalu lemah untuk berperang. Sebaliknya, majoriti berpendapat bahawa ayat-ayat yang aman membatasi ayat-ayat perang:
Mereka yang terdahulu meminta kebenaran untuk membuat gencatan senjata [ṣulḥ] apabila seseorang imam itu dapat melihat suatu kepentingan (untuk umat Islam) dalam hal ini adalah Mālik, al-Shāfi’ī, dan Abū Ḥanīfa… Mereka yang bekeras bahawa ayat yang membayangkan keamanan telah dibatasi [mukhaṣṣaṣah] tyang lain mengatakan bahawa gencatan senjata dibenarkan jika imam itu menganggapnya sesuai. Mereka menyokong tafsiran ini dengan perbuatan Rasulullah ﷺ, dalam hal ini kerana gencatan senjata pada tahun al-Ḥudaybiya tidak didasarkan atas sesuatu keperluan.[29] Para penyokong pembatalan merujuk ayat-ayat terpencil dalam Surat al-Tawbah, salah satu surah lengkap yang terakhir yang diturunkan, sebagai penetap nada hubungan antara umat Islam dan bukan Islam. Analisis kritikal dan kontekstual dalam bab ini, bagaimanapun, menunjukkan bahawa prinsip perperangan-adil dalam ayat-ayat sebelumnya terus berfungsi.
“Ayat pedang” yang sering dipetik memerintahkan umat Islam untuk berperang, dalam mempertahankan diri, terhadap musuh-musuhnya yang biasanya melanggar perjanjian damai mereka:
Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[30]Frasa kata “bunuh mereka, tangkap mereka,” seringkali dipetik tanpa merujuk kepada mana-mana ayat disekelilingnya ataupun bahagian kedua ayat tersebut yang menekankan rasa belas kasihan Allah. Namun, memeluk Islam bukanlah sebab perintah ini diturunkan. Ayat berikut menawarkan perlindungan suaka dan laluan selamat kepada mana-mana musuh yang memintanya, tanpa mengira sama ada mereka menerima Islam atau tidak:
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).[31] Selain itu, perenggan itu segera menyenaraikan konteks di mana perintah untuk berperang dibenarkan:
Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan. Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang yang beriman, dan merekalah orang-orang yang menceroboh. Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?[32] Telah dinyatakan bahawa pihak yang bersalah tidak memuliakan perjanjian damai mereka, ataupun rasa hormati mengikut tradisi Arab. Hanya dengan mengabaikan konteks yang lebih besar ini, pihak pembela pemansuhan akan membela pendapat mereka. M.A.S. Abdul Haleem menunjukkan kelemahan dalam tafsiran ini:
Klausa utama ayat ini, ‘bunuh golongan golongan musyrik’ sering diasingkan dan digunakan oleh orang bukan Islam sebagai bukti yang ia mewakili pilihan Islam terhadap perperangan. Malah sesetengah umat Islam mengambil pandangan ini dan mendakwa bahawa ayat ini memansuhkan banyak ayat lain termasuklah ayat, ‘Tiada paksaan dalam agama,’ (2:256) dan juga ayat ‘Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani’ jika mengikut pendapat seorang pelampau yang bersendirian.
Tafsiran yang terpesong ini mengasingkan dan menafsirkan sebahagian kecil ayat dan perenggan yang memberi banyak alasan untuk memerangi orang-orang musyrik seperti itu: mereka terus memungkiri perjanjian mereka dan membantu orang lain menentang umat Islam, mereka memulakan permusuhan terhadap umat Islam, menghalang yang lain dari menjadi umat Islam, mengusir mereka dari Masjidil Haram dan bahkan dari rumah mereka sendiri. Petikan menyebutkan salah laku orang-orang ini terhadap umat Islam sekurang-kurangnya lapan kali
Selain itu, selaras dengan sekatan perang di tempat lain di dalam Quran, konteks segera ‘ayat pedang' ini mengecualikan orang-orang musyrik yang tidak melanggar perjanjian mereka dan yang menjaga keamanan dengan umat Islam. Ia memerintahkan bahawa musuh-musuh yang mencari keselamatan itu harus dilindungi dan dihantar ke tempat selamat yang mereka cari. Seluruh konteks ini dalam ayat 9: 5, serta segala larangannya, diabaikan oleh mereka yang hanya mengasingkan satu bahagian ayat untuk membina teori teori keganasan mereka dalam Islam.[33] Ramai ahli hukum dan ulama tidak menerima hujah bahawa ayat-ayat pedang memansuhkan ayat-ayat yang menganjurkan keamanan. Malah mereka yang mengatakan ayat-ayat keamanan ini "dimansuhkan" tidak semestinya bermaksud, dalam istilah teknikal mereka, bahawa ianya dimansuhkan atau ditolak sama sekali.
Menurut Ibn Rajab (m. 1393), penggunaan ayat “mansuh” (naskh) oleh ahli-ahli hukum terdahulu selalunya tidak bermakna ia dibatalkan atau dimansuhkan. Malah, ia diterangkan, dijelaskan, dan kadangkala diberikan pengecualian kepada hukum-hukum umum yang telah diturunkan di dalam ayat-ayat terdahulu:
Maksud sebenar mereka kepada perkataan ‘pemansuhan’ adalah ‘penerangan’ [al-bayān] dan penjelasan [al-īḍāḥ]. Sesungguhnya ulama terdahulu [al-salaf] akan selalu menggunakan perkataan ‘mansuh’ itu sebegini.
[34]Mengenai surah al-Tawbah, terdapat beberapa ayat yang menggalakkan umat Islam untuk memaafkan dan bersabar dengan penganiayaan ke atas mereka. Hanya selepas penganiayaan itu melampaui batas kesabaran, ayat-ayat pedang ini dinyatakan sebagai pengecualian kepada perintah umum untuk pengampunan, bukan untuk perang menjadi perintah umum itu yang utama.