Sama seperti “penganiayaan lebih buruk daripada pembunuhan” adalah ayat utama yang menggambarkan apa yang membenarkan perang yang adil (jus ad bellum), ayat berikut menyoroti kriteria Islam untuk keadilan dalam peperangan, atau bagaimana perang diperjuangkan dengan betul dalam peraturan penglibatannya:
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.[10] Ini adalah ayat pertama dalam Quran yang memerintahkan umat Islam untuk berperang. Sebelum ayat ini diturunkan dan yang lain memberi izin kepada Muslim untuk berperang, Al-Quran “menasihati umat Islam untuk bersabar terhadap penderitaan yang ditimpakan oleh mereka yang kafir, bahkan untuk mengabaikannya dan memaafkan mereka apabila mereka mampu.”
[11] Walaubagaimanapun, apabila perlu bagi umat Islam untuk bertempur melawan keganasan, jika tidak mereka akan dibunuh, ayat ini diturunkan untuk memerintah umat Islam untuk berperang. Dari ayat ini, banyak peraturan-peraturan penting Islam yang kritikal diperolehi.Prinsip yang pertama dan terpenting adalah: Pertempuran dihadkan kepada orang-orang yang menentang anda, kepada pejuang sahaja.
Ayat tersebut menyatakan secara jelas “Berjuang melawan mereka yang memerangi kamu,” dan oleh itu orang awam mungkin tidak menjadi sasaran. Michael Walzer, seorang sarjana terkenal teori teori perang moden, berpendapat, pembunuhan para pejuang hanya boleh berlaku apabila perang telah diisytiharkan secara sah.
[12] Islam berkongsi hujah ini. Ahli-ahli falsafah Islam yang menafsirkan ayat di atas bahawa tidak dibenarkan membunuh mereka yang tidak terlibat dalam pertempuran, terutama wanita, kanak-kanak, orang tua, imam, rahib, orang cacat, dan bahkan buruh atau petani yang bekerja untuk musuh tetapi tidak terlibat secara langsung dalam pertempuran.
[13]Ini disoroti oleh kenyataan Abu Bakr, sahabat terdekat Nabi Muhammad ﷺ dan juga pemimpin kanan baginda, apabila beliau memimpin tenteranya seperti yang tercatat dalam manual terawal undang-undang Islam:
Anda akan menemui orang-orang yang mendakwa telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Tuhan. Biarkan mereka kepada apa yang mereka katakan telah diberikan pada mereka ... Jangan bunuh wanita atau kanak-kanak atau orang tua, mereka yang lemah. Jangan memotong pokok buah-buahan. Jangan memusnahkan tempat kediaman. Jangan sembelih biri-biri atau unta kecuali untuk makanan. Jangan membakar lebah dan jangan berselerak. Jangan mencuri dari harta rampasan, dan jangan menjadi pengecut.[14] Baginda Rasulullah ﷺ sendiri menetapkan syarat ini dalam beberapa tindakan dan arahannya. Pada satu ketika, selepas seorang wanita didapati terbunuh dalam peperangan itu, Rasulullah ﷺ “mengutuk” pembunuhan wanita dan kanak-kanak.
[15] Dalam riwayat yang lain, Rasulullah ﷺ menerangkan kutukan ini dengan bersabda, “dia tidak berperang,” yang menunjukkan imuniti kepada mereka yang bukan pejuang, dan baginda seterusnya mengarahkan para shabah untuk tidak membunuh pekerja-pekerja.
[16] Mesej ketidak agresifan ini juga tertulis pada pedang Rasulullah ﷺ sebagai peringatan kepada semua, “Sesungguhnya orang-orang yang paling hina adalah orang-orang yang menyerang sesiapa yang tidak menyerang mereka, seorang yang membunuh mereka yang tidak melawannya.”
[17] Terdapat banyak riwayat dan hadis seperti ini yang menekankan melindungi nyawa orang awam dan bukan tentera.Menerangkan prinsip ini, peraturan penglibatan tambahan perlu ditekankan: Melanggar batasan adalah dilarang.
Di medan perang, orang-orang tua, golongan lemah, wanita, kanak-kanak, rahib-rahib, buruh, dan orang awam lain tidak boleh disasarkan kecuali mereka kehilangan kekebalan itu dengan melawan atas pilihan sendiri. Walaubagaimanapun, kekerasan dibenarkan hanya jika ia berkadaran dengan ancaman, jadi membunuh mereka harus dielakkan jika boleh.
Dua lagi peraturan mengharamkan kekejaman terhadap pejuang dan pemusnahan harta benda: 1) Mutilasi dan penyeksaan adalah dilarang; dan 2) Pemusnahan tanaman, pokok, ternakan atau infrastruktur awam tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan tertentu yang terhad (akan diterokai kemudian).
Prinsip-prinsip ini telah diakui oleh Artikel 3 Deklarasi Hak Asasi Manusia Kaherah, yang dikeluarkan dan diterima pakai pada Persidangan Menteri-Menteri Luar Negeri Kesembilan Belas di Kaherah pada tahun 1990, yang didasarkan pada Shariah tradisional (atau prinsip perundangan Islam):
a) Sekiranya berlaku kekerasan dan dalam kes konflik bersenjata, tidak dibenarkan membunuh orang yang tidak berperang seperti orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak. Yang cedera dan yang sakit akan mempunyai hak untuk rawatan perubatan; dan tawanan perang mempunyai hak untuk diberi makan, berlindung, dan berpakaian. Dilarang memotong tubuh mayat. Adalah menjadi kewajipan untuk bertukar-tukar tawanan perang dan mengatur lawatan atau perjumpaan keluarga yang terpisah oleh keadaan perang.
b) Dilarang menebang pokok, merosakkan tanaman atau ternakan, dan untuk menghancurkan bangunan dan harta benda awam dengan menangkap, letupan atau apa-apa cara lain.[18] Oleh itu, Quran dan Sunnah jelas memberikan perlindungan yang ketat untuk mereka yang tidak berperang semasa peperangan. Orang awam mungkin tidak disasarkan secara sengaja. Al-Quran menekankan peraturan ini dengan mengatakan, “Janganlah kamu melanggar batas, kerana Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” Dalam kata lain, pertempuran adalah terhad kepada pejuang(tentera)—mereka yang terlibat dengan pertempuran—dan membunuh orang selain mereka ini adalah pelanggaran batas yang dilarang oleh Allah menurut hukum Islam. Tidak mengejutkan, peraturan ini selaras dengan teori moden Walzer.
Al-Quran berpendirian yang sangat jelas tentang keseriusan membunuh orang yang tidak bersalah:
Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.[19] Di sini, Al-Quran membuat larangan dan perintah secara serentak. Ia mengisytiharkan bahawa mengambil nyawa manusia yang tidak bersalah sama seperti pembunuhan beramai-ramai, kerana meluluskan satu pembunuhan adalah untuk meluluskan setiap pembunuhan secara moral. Pada masa yang sama, ayat tersebut membenarkan sesebuah negara menggunakan hukuman mati di bawah syarat-syarat yang paling ketat (perbincangan ini adalah melepasi jangkauan skop artikel ini). Walaubagaimanapun, keseriusan membunuh seseorang harus memberi setiap orang keraguan jika hukumnya dapat dipertikaikan, seperti sabda Rasulullahﷺ, “Orang yang paling mengelak dari pembunuhan adalah orang-orang yang beriman.”
[20] Al-Quran juga sengaja mangatur kata untuk melindungi semua kehidupan, termasuk kehidupan orang bukan Islam. Ia tidak mengatakan, “Jika seseorang membunuh seorang Muslim, ia akan seolah-olah dia membunuh semua manusia.” Tetapi, perkataan bahasa Arab yang digunakan adalah
nafs, yang bermakna “roh” atau “nyawa,” tanpa mengira kepercayaan atau etnik atau sifat identiti lain. Pembunuhan setiap kehidupan adalah sama seperti pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan (secara literal); ia benar-benar dilarang dengan keras.Tetapi, Al-Quran dengan jelas menjadikannya dibolehkan untuk membunuh para pejuang semasa peperangan. Menurut teori perang, sebagaimana yang digariskan oleh Walzer, pejuang musuh boleh dibunuh secara sah di mana-mana sahaja, walaupun mereka tidak bersenjata, selagi mereka tidak terluka atau ditangkap.
[21] Beliau memperincikan sebuah kes dimana ia adalah sah dan bermoral yang wajar untuk membunuh askar musuh pada bila-bila masa semasa peperangan dan walaupun askar itu tidak aktif terlibat dalam pertempuran pada masa itu, askar yang dirujuk tidak menerima semula hak mereka untuk hidup.Dalam situasi yang sama, Quran juga menganggap pembunuhan tentera musuh semasa peperangan menjadi sah, iaitu konteks ayat tersebut, “Bunuh mereka di mana sahaja anda menemui mereka, dan bawa mereka keluar dari tempat mereka mengusir kamu, kerana penganiayaan adalah lebih serius daripada pembunuhan.”
[22] Ayat ini diturunkan selepas penandatanganan perjanjian Hudaybiyyah ketika umat Islam hendak menunaikan haji ke Mekah. Mereka tidak tahu bagaimana untuk bertindak jika mereka dilayan dengan agresif. Adakah mereka dibenarkan melawan mereka yang menyerang mereka? Adakah mereka dibenarkan untuk mengambil balik tanah dan harta yang diambil secara salah dari mereka dengan kekerasan?Ayat ini menjawab persoalan tersebut. Iaitu, adalah dibenarkan untuk menyerang dan membunuh para pejuang penentang anda dalam peperangan dan juga untuk menuntut semula tanah dan harta tanah secara tidak sah menggunakan kekerasan yang berkadar. Ia benar-benar mengelirukan untuk menyebutkan klausa, “Bunuh mereka di mana sahaja anda mendapati mereka” tanpa merujuk kepada ayat-ayat sekitarnya atau konteks sejarah dan undang-undang. Selalunya sesetengah orang bukan Islam dan juga orang Islam telah menyalah tafsir ayat ini untuk membenarkan agenda mereka sendiri seolah-olah Al-Quran telah menghasut keganasan yang tidak diingini. Bagaimanapun, ayat ini sangat jelas apabila ditafsirkan dalam konteksnya yang betul. Ia mentakrifkan had penting dalam peperangan. Ia tidak membenarkan pembunuhan orang yang tidak terkawal “di mana sahaja anda menemuinya.”
Al-Quran mengakhiri ayat ini dengan mengatakan “inilah yang patut diterima oleh orang-orang kafir”, merujuk kepada penyembah berhala yang menyerang umat Islam di Mekah. Harus diingat bahawa fasal ini tidak menjadikan ia dibenarkan untuk membunuh bukan Islam hanya kerana tidak percaya kepada Islam, kerana ayat sebelumnya hanya membenarkan menyerang mereka yang menyerang terlebih dahulu. Lelaki-lelaki bukan tentera, wanita, kanak-kanak, orang tua dan sebagainya tidak pernah menjadi sasaran tentera Nabi Muhammad ﷺ. Malah, Mekah akhirnya dibebaskan dari bangsawan Quraish yang menindas dan tidak ada setitik darah yang tertumpah, walaupun ini menjadikan kebanyakan penyembah berhala yang menganiayai umat Islam selama bertahun-tahun kini terdedah. Mereka semua diampunkan kecuali beberapa penjenayah perang yang kejam.
[23]Akhirnya, ayat yang berkaitan dengan ini berakhir dengan syarat pengurangan berikut:
Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.[24] Gambaran tepat teori peperangan adil kini berada dalam fokus. Perenggan ayat ini menegaskan sebab-sebab perjuangan: untuk menghentikan kekerasan dan penindasan. “Ibadat dikhususkan untuk Tuhan” bererti hukum keadilan Allah ditegakkan dan hak-hak semulajadi dilindungi. Ia tidak memerlukan seseorang itu benar-benar memeluk Islam secara individu, tetapi hanya bahawa mereka menegakkan keadilan sosial yang selaras dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.
Malah, jika musuh berhenti bertempur, contohnya ketika seorang tentera menyerah atau negara meminta perjanjian damai, maka persetujuan damai mereka harus diterima tanpa hukuman (kecuali bagi individu yang bersalah atas jenayah perang). Seperti yang dinyatakan Al-Quran di bahagian lain, “Tetapi jika mereka cenderung ke arah keamanan, kamu [Rasulullah] juga harus condong ke arah itu, dan menaruh kepercayaan kepada Allah.”
[25] Bahkan pejuang individu harus diberikan suaka jika mereka memintanya, “Jika ada penyembah berhala yang mahu mencari perlindunganmu [Rasulullah], berikan kepadanya supaya dia dapat mendengar firman Allah, kemudian bawa dia ke tempat yang aman baginya, kerana mereka adalah orang yang tidak tahu [tentangnya].”
[26]Al-Quran menekankan bahawa keamanan harus dibuat dengan musuh, tanpa mengira kepercayaan atau bangsa mereka atau ciri lain identiti mereka. Keamanan sentiasa menjadi pilihan selagi musuh cenderung ke arahnya dan menghentikan serangannya. Pada ketika itu, tidak ada kebenaran untuk sebarang permusuhan kecuali terhadap mereka yang meneruskan tindakan agresif atau yang telah melakukan jenayah perang. Tambahan pula, jika seorang pejuang musuh mencari perlindungan, umat Islam diperintahkan untuk memberikannya padanya.
Oleh itu, kita boleh mengesahkan peraturan pertempuran berikut:
Perang dibenarkan untuk menamatkan pencerobohan atau penganiayaan.
Persembahan damai harus diterima tanpa syarat.
Tentera musuh yang menyerah tidak boleh dicederakan.
Setelah asas-asas perang yang adil telah ditubuhkan, kita akan teruskan dengan perbincangan butirannya.